Lirik Lagu Layu - Malique
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Khamis, 8 September 2011
Isnin, 6 Jun 2011
pesan ayah....
aku: abah, kenapa agaknya owg laen boleh ada kapel yang smpai bertahun-tahun, smpai kawen lah itu la... tapi kalau anak abah ni yang kapel tak tahan lama.... xfaham lah.... boleh tolong....
Abah: kau sebenarnya, tidak pernah jatuh cinta, kau tak faham macam mana rasanya cinta kan seseorang itu... kau mungkin xkan rasakan cinta tu sekarang tapi suatu hari nanti...
aku: tapi lau orang kapel kan dengan orang yang orang suka...
Abah: kau kapel dengan orang yang kau suka, tapi bukan dengan orang yang kau cinta...
Aku: apa bezanya suka dengan cinta...
Abah: suka ada banyak maksud, seperti suka sebagai kawan, suka berkawan, dan pelbagai lagi.. tapi kalau cinta adalah sesuatu yang suci dan tidak akan berpaling kepada sesuatu yang lain..
Aku: macam mana nak tau yang owg nie jatuh cinta...
Abah: kalau kau jatuh cinta kat seseorang itu, kau akan sentiasa nak kat dia, kau akan sentiasa memahami dia, kau akan sentiasa ada saat dia memerlukan kau, kau xtrasa macam hendak mencari sesuatu yang lain walaupun pada kau, kau boleh mencari yang lebih baik...
Aku: tapi orang selalu rasa macam tu.... tapi yang pandang gurl lain tu x lg kot..
Abah: kau cuma rasa dihargai.. bukan kau yang menghargai.... jadi sebab tu kau rasa benda ni lebih kurang.. tapi ada sesuatu yang kau xprasan, hati kau saat dengan dia... kau akan terasa sesuatu yang lain saat kau bersama dia,
aku: abah, macam mana nak orang sayang kat kita....
- Kalau belajar, belajar la betul-betul... jangan kecewa kn keluarga...
- hidup ni, kalau sudah senang jangan sombong... sebab kalau kita sombong nanti kita hilang kawan
- kita kalau dapat orang yang sayang kat kita, hargailah dia.. sebab xsemua orang boleh terima kita
- kalau disuruh pilih sama ada duit, keluarga, kekasih?? jgn jadikan duit sebagai perkara yang pertama dalam hidup... jangan pula ketepi kan keluarga kerana kekasih... jadi pilihlah keluarga yang pertama, kekasih yang kedua, duit yang ketiga... kerana keluarga adalah sesuatu yang xdapat di cari ganti dan kekal, kekasih adalah cinta yang suci, duit hanya kepingan kertas yang boleh ditukar ganti dan tidak kekal...
- kita hidup jangan memburukkan nama keluarga... jangan di sebabkan kita, jirang tetangga menganggap keluarga kita ini jahat..
- kita hidup ni, jangan sakitkan hati orang lain... sebab orang yang kita sakiti itu mungkin sangat penting dalam hidup kita dan mungkin juga dia yang akan membantu kita saat kita susah...
- kalau boleh hidup jangan ada perasaan benci sesama kita terutama sekali orang yang berada di sekeliling kita, xkira lah sekejap ataupun tidak dia wujud dalam hidup kita... sebab mereka ini juga mempunyai perasaan sebagai manusia...
- kita ini manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan... jadi minta maaf kepada sesiapa yang pernah kita sakitkan hati mereka tidak kira sama ada kita sedar ataupun tidak...
- kalau kita sayang kan seseorang, kita fahami dia, kita dekati dia, dan jangan sakiti hati nya... kerana orang yang kita sayang bukanlah patung yang tidak mempunyai perasaan, tidak pula tunggul kayu yang kita tidak dapat fahami, dia juga manusia seperti kita yang mempunyai jiwa dan perasaan..
- jangan menipu, dan jangan jadi orang yang terlampau ego.... kerana perkara2 ini yang biasanya akan membuatkan orang benci pada kita dan tidak mahu mendekat dengan kita kerana sikap kita..
aku: tapi kalau ego untuk tunjukan yang kita ni baik dan suka tolong orang,kita berpura-pura tak nak tolong dia tapi sebenarnya kita hendak tolong dia, cuma xsuka menunjuk.. boleh??
Abah: x
aku: kenapa??
Abah: kenapa kita nak tutup kebaikan kita semata-mata kerana ego kita... sedar tak yang sebenarnya orang tidak akan faham kita jika kita tidak bagitahu apa yang kita tak suka.... kita hendak orang faham kita, tetapi kita nak tnjuk yang kita ni jahat??? macam tu??? cuba jangan jadi orang yang bodoh, kalau nak orang suka kat kita, kita buat baik kita tunjuk kt dia, kita tunjuk yang kita hargai dia... bukan tunjukan keburukan kita...
aku: thanks abah atas khidmat nasihat yg bergune...
SAAAAAAAAAYAAAAAAANNNNGGGGG ABAH!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)